rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Jumaat, 25 Mac 2011

Masalah kredit celcom hilang secara tiba-tiba..Siapa dalangnya?


Sape-sape pengguna Celcom meh lar entri aku ni jap. Korang pernah tak hilang kredit secara tiba-tiba? Apa reaksi korang selepas korang tambah nilai kredit tu lepas tu korang cek baki kredit dah tinggal sikit. Mesti marah kan? Tambah-tambah lagi kalau korang ni tengah pokai pastu playboy ramai awek pulak kan. Sebelum ni aku pernah dengar masalah ni dari kawan-kawan aku dan ada yang nak beralih ke provider Maxis. Haa, rugi lah kau Celcom! Kalo seribu pengguna kau masalah camni nampaknya ramai yang bertukar provider lain lar.
PAPARAN PENUH

Masalah pemotongan nilai kredit secara tiba-tiba di Celcom sebenarnya dialami aku sendiri dan aku mengambil keputusan untuk call operator Celcom di no 1111. ianya bukan berpunca dari caj perkhidmatan dari Celcom sebaliknya perkhidmatan dari pihak luar.


Operator Celcom : Hello boleh saya bantu?
Saya : -- Boleh tolong buat semakan data penggunaan nombor saya pada 24/03/2011 kerana ada masalah nilai kredit hilang
Operator Celcom : Sebelum tu boleh saya tahu saya bercakap dengan siapa dan boleh bagi no. i/c serta alamat rumah encik untuk buat pengesahan?
Saya : -- bagi maklumat diri --
Operator Celcom : Macam ni encik saya telah buat semakan dalam sistem dan ada perkhidamtan yang encik langgan dan ianya dicaj rm2.50 untuk perkhidmatan tersebut dari nombor 36644.
Saya : -- Saya tak pernah melanggan apa-apa perkhidmatan sebelum ni, boleh saya tahu perkhidmatan yang disediakan dari no tersebut?
Operator Celcom : Maaf encik, sebenarnya kami pun tak dapat kenal pasti ianya perkhidamatan tersebut kerana ianya bukan perkhidmatan dari celcom dan perkhidmatan luar spt iklan-iklan dalam tv.
Saya :-- okey camni encik saya rasa terlalu ramai yang dah hadapi masalah register tanpa pengetahuan sama macam saya ni. Adakah pihak celcom tidak membuat pemantauan untuk selesaikan masalah ni?
Operator Celcom : Sebenarnya saya sendiri pun pernah mengalami masalah macam ni. Pihak celcom masih lagi belum mengenal pasti ianya berpunca dari siapa kerana perkhidamtan kami terlalu luas. Jadi ianya tak terlalu secure. Untuk stop perkhidmatan ni encik boleh taip STOP ALL dan hantar kepada 36644.Caj dikenakan 0.15 sen untuk perkhidmatan ini.
Saya :-- Ok terima kasih kerana membantu
Operator Celcom : Sama-sama encik jika masalah ini berulang lagi sila telefon kembali kepada kami. Terima kasih

Bengang ker bangang kalo kena macam ni? hoho..tak psal-pasal kredit aku kena telan rm2.50 tu kan. Untuk pengetahuan korang 2 minggu sebelum ni aku pernah dapat mesej camni dari tapi aku abaikan sebab masa tu aku cek kredit aku tak kena potong pun.


Berdasarkan satu sumber nombor 36644 sebenarnya dari mesej seperti dibawah: 


"Free daftar Berita terkini
Rakaman aksi murid wanita SPM 12A yang PANAS dalam tandas
HEBAT, PANAS, tentu PUAS HATl
Taip ON AD dan htr ke 36644. Utk 18 keatas"


OMG!!Bila masa lah pulak aku daftar benda terkutuk ni!HAHA..tak pernah pun terfikir nak daftar benda camni..hehe

Pesanan aku pada yang pernah hadapi masalah macam aku ni korang boleh cuba call pihak Celcom Customer Service di nombor 1111 maklumt untuk lebih lanjut.


Baca Selanjutnya..

Selasa, 15 Mac 2011

Cara Mengatasi Masalah Lambat Loading di Facebook (Malaysia)


Feel Facebook loading like turtle this days?Ahaa!
Jom baca entri dibawah. Bagaimana cara mengatasi masalah lambat loading di Facebook korang semua terutamanya pengguna Facebook di Malaysia. Mungkin ada yang tertanya-tanya punca terjadinya masalah ini dan jawapannya adalah seperti di bawah
PAPARAN PENUH
****************************************************************************************************************************
Why? this is because it is most likely caused by one of the hop servers at “facebook-10G.hkix.net [202.40.161.110]” which located at Hong Kong Internet Exchange. [source]
****************************************************************************************************************************
Penyelesaiannya adalah seperti berikut..Untuk pengguna Windows

1. Pergi ke C:\Windows\System32\drivers\etc\
2. Buka hosts file dan klik pada Notepad
3. Kemudian korang tambah nombor ni kat bawah sekali  
    203.106.85.66 www.facebook.com
    203.106.85.66 facebook.com
4. Klik Save

Contoh di bawah:

# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
# 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
# 38.25.63.10 x.acme.com # x client host
# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1 localhost
# ::1 localhost
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com


p/s: masalah ini mungkin hanya belaku sementara waktu dan korang boleh mengikuti cara diatas untuk atasi masalah tersebut. For your information, Facebook kini mempekenalkan Tag Nama pada komen..Selamat mencuba!

Baca Selanjutnya..

Sabtu, 19 Februari 2011

Cara Disable Lightbox Photo Viewer ataupun Theater Box di Facebook Anda


Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pihak Facebook terutama sekali berkenaan profile pengguna facebok, profile fan pages, dan rata-rata pengguna Facebook tidak bersetuju dengan aplikasi terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Facebook iaitu aplikas Lightbox Photo Viewer ataupun dikenali sebagai Theater Box. Rujuk komen yang dihantar kepada Mark Zuckerberg disini Please remove the new photo viewer.
PAPARAN PENUH

Untuk entri kali ini saya akan memberi tips ataupun cara untuk korang disable/remove aplikasi Lightbox PhotoViewer ini.

Sebenarnya ada banyak cara untuk memadam aplikasi ini dan korang boleh pilih salah satu trik yang ditulis di bawah


1. Refresh Browser Window/Remove '&theater'
Cara ini dianggap secara manual kerana setiap kali membuka gambar di album korang hendaklah memastikan menekan refresh/button F5 di keyboard. Korang juga boleh memadam '&theater' di address bar.


2. Install ADD-ON/EXTENSIONS di browser korang (google chrome & Firefox)
Terdapat pelbagai add-on ataupun plug-in extension untuk memadam aplikasi ini muncul di profile korang. Antaranya:

 --> Better Facebook (boleh pilih pelbagai browser), 
 --> Facebook Lightbox Killer (GoogleChrome)
 --> Facebook Lightbox Killer (Greasemonkey)
 --> Old FB Album extension (Google Chrome)
 --> Revert Facebook Photo Viewer (Google Chrome)

p/s : untuk pengguna GChrome yang ingin menggunakan semula Photothreat korang bolehlah ikuti step ini klik Tools > Extension dan klik mana-mana aplikasi diatas yang anda install untuk disable/unistall.

Baca Selanjutnya..

Jumaat, 28 Januari 2011

Cara Melihat Email yang disembunyikan di Facebook

Update : trick di bawah ini tidak dapat digunakan lagi. Nantikan trick yang terbaru yang akan dikongsi di blog ini.
************************************************************************************************************
Pernahkah korang terfikir bagaimana cara kalau nak mendapatkan e-mail kawan korang yang telah diinvisiblekan pada korang di facebook? Bagi yang masih belum 'invisible/hide' e-mail memang kita tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkkan e-mail mereka. Hanya tekan di bahagian information di profile mereka dan lihat di bahagian contact mereka saja. Tapi perkara yang saya akan kongsikan dengan korang ini adalah trik untuk mendapatkan e-mail yang telah disembunyikan ataupun yang telah di invisiblekan oleh kawan-kawan korang di facebook. Biasanya yang invisible e-mail pada orang lain adalah untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan oleh hacker2 kerana e-mail adalah perkara penting untuk hack akaun di facebook. Untuk mendapatkan e-mail yang disembunyikan mereka amat mudah sekali kerana tidak perlu bersusah payah menggunakan tool ataupun software. Dengan hanya melihat source code korang pasti akan berjaya mendapatkan email orang lain di facebook.

PAPARAN PENUH

1. Pertama sekali korang mestilah ada target atau istilah lainnya 'mangsa' korang
contohnya link target : http://www.facebook.com/profile.php?id=100001054741881 atau http://www.facebook.com/omeydaniesya

2. Klik link ni https://www.facebook.com/recover.php (pastikan sign out akaun facebook anda atau boleh membuka link tersebut di browser yang lain)

 3. Selepas klik link langkah seterusnya korang rujuk gambar dibawah (letak link ID Number target korang)
contoh :  http://www.facebook.com/profile.php?id=100001054741881 atau
              http://www.facebook.com/omeydaniesya

4. Seterusnya klik 'SEARCH' dan isikan Security Check jika perlu..

5. Akan keluar seperti gambar di bawah dan klik kanan (right-click) pilih 'View Page Source'


6. Lepas klik pada View Page Source akan keluar satu window baru dan untuk memudahkan pencarian korang tekan ctrl+f pada keyboard taip "email": diruangan kotak 'find'...rujuk gambar di bawah


7. DONE!! korang akan mendapat e-mail seperti diatas (zackrain_88\u0040yahoo.com)

*  \u0040 mewakili @..rujuk sini  so email target sekarang adalah zackrain_88@yahoo.com

p/s : trik untuk mendapatkan email mangsa korang di facebook mungkin akan berubah dan minta korang semua jangan tanya trik mendapatkan password akaun orang lain di facebook..sila komen jika trik ini sudah tidak berguna lagi. Trik ini boleh digunakan pada semua akaun facebook kecuali akaun pengasas Facebook Mark Zuckberg (http://www.facebook.com/zuck).hoho

Baca Selanjutnya..

Khamis, 11 November 2010

Cara Semak Semula Status Lama anda di Facebook!


Untuk yang gemar ataupun yang selalu update status di facebook korang bolehlah menyemak balik semua status-status korang menggunakan aplikasi My Status History dan My Status. Cukup mudah untuk korang menggunakan aplikasi ini. Ikuti cara untuk melihat kembali status-status lama korang di facebook.
PAPARAN PENUH

Login Facebook > My Status > Go to Aplication > Authorize > Klik Allow
Login Facebook > My Status History > Go to Aplication > Klik Allow


My Status (lihat status dan komen2 rakan)



My Status History



Baca Selanjutnya..

Isnin, 20 September 2010

Cara untuk mengakses blog dan laman web yang dikenali sebagai 'Malware Detected'

Entri update: 19-20/9/2010

Sekarang ni aku rasa ramai yang tidak dapat mengakses blog dan laman-laman web terkenal seperti MalaysiaKini dan Berita Harian bukan saja orang ramai malah pemilik blog sendiri. Masalah Malware Detected ini sebenarnya berpunca dari Innity Ads dan korang boleh refer disini Twitter. Apa yang korang perlu buat sekarang ini adalah korang perlu mengakses (pemilik blog) untuk membuang scripts iklan dari Innity
PAPARAN PENUH

Caranya mudah sekali dan korang boleh rujuk gambar-gambar dibawah.

Untuk pengguna Firefox korang hanya perlu klik TOOLS > OPTIONS. Kemudian pilih tab SECURITY. Dan lakukan seperti gambar di bawah.


Untuk pengguna GChrome korang hanya perlu klik pada TOOLS (sebelah kanan browser) > OPTIONS. Kemudian pilih tab UNDER THE HOOD. Dan lakukan seperti gambar di bawah.

DONE! Selamat Mencuba!

p/s: korang boleh juga rujuk pada  ohmed1a
pic kredit to ohmed1a

Baca Selanjutnya..
Related Posts with Thumbnails