Terkejut jgak aq bila baca berita online bharian yang pelakon dan pengacara turut teribat dalam penahanan di pusat hiburan dekat bukit bintang. Aq tengok plak berita TV3 tadi dan aq pasti yang pelakon dan pengacara tersebut adalah Awal Ashaari yang ditahan gara2 kantoi dengan serbuan pihak berkuasa di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung pusat membeli belah, Bukit Bintang. Sebelum ni aq bertanggapan yang Awal Ashaari terbaik kerana melihatkan penampilannya cukup kemas dan tidak seperti artis2 yang lain. Namun semua tanggapan baik tidak boleh diletakkan kepada artis2...hoho
PAPARAN PENUH
KUALA LUMPUR: Berikutan penahanan seorang pelakon dan pengacara lelaki berusia 28 tahun pada awal pagi tadi, timbul desas-desus mengatakan artis terbabit adalah Awal Ashaari.
Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, pelakon tersebut disahkan antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini.
Artis itu juga enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu. Difahamkan, pelakon Scha Al-Yahya dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan.
Bagaimanapun Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut.
"Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali.
"Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara tersebut namun tidak menafikan bahawa Awal terbabit dalam serbuan itu.
Usaha untuk menghubungi Awal, Scha dan Juliana bagaimanapun menemui jalan buntu apabila mereka tidak menjawab panggilan.
Selain mereka bertiga, dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan.
Terdahulu, Sharifah Hawariah berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.
Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950.
Bagaimanapun, Awal kemudiannya dibebaskan setelah hasil ujian kencing didapati negatif.
sumber(1)
sumber(2)
artis sekarang..huhu.
BalasPadammmg conform awal shari...ape lg zuan melodi...terjah la...heee
BalasPadamkompem melodi trjah neh...tpi sape yg nk mngaku kan..
BalasPadambiaq betul..tak rock r macam ni..aku dah syok lakonan dia..emm.aku minat aoron aziz r..huh
BalasPadamSalam Ziarah........
BalasPadamTerjah jangan tak terjah.Tak sangka pula Awal ni yer mengacara rancangan untuk belia remaja kat TVI tapi tak boleh nak jadi contoh yang baik pun dekata remaja.Dunia-dunia
nak cakap silap scha ngan awal tak jugak,cume kenapa suka sangat buat birthday party dekat tempat-tempat camtuh...terang-terang dah lebih banyak yang buruk dari baik...
BalasPadamp/s :mula muak dengan scha sebab expose sidekick-sidekick dia dlm pic...br jd artis kot..mmg cmtuh.