Masa aq duk usha2 blog tadi aq trbaca website berita harian yang tajuknya Kiamat 2012 agenda Yahudi dan Amerika. Aq pasti semua rakan kita sudah tengok filem 2012 tu kan..Citer ni memaparkan kisah2 yang amat sedih terutamanya apabila ramai rakyat2 yg golongan biasa tidak dipedulikan untuk menaiki bahtera yang mampu melindungi manusia dari bahana kiamat itu. Pelbagai situasi cemas berlaku antara pemimpin dan rakyat2 biasa bagi mengelakkan daripada bahana kiamat itu seperti rasuah. Dalam filem ini juga menggambarkan pemimpin AS menolak dan menunjukkan nilai yang baik untuk pergi ke negara China, tempat trletaknya bahtera tersebut. Ini menunjukkan AS sengaja menyogok pemikiran masyarakat sedunia agar berfikiran positif terhadap mereka. Oleh itu,orang ramai terutamanya orang Islam dinasihati agar tidak terpengaruh sepenuhnya dengan filem tersebut kerana ia merupakan propaganda yahudi dan Amerika, selain itu juga mampu meletakkan kita kearah kekufuran..
PAPARAN PENUH...
Untuk berita sepenuhnya bolehlah baca kat bawah ni..aq amek kat berita harian.
Kiamat 2012 agenda Yahudi dan Amerika
LAMAN web http://satudunia.net/ membincangkan filem 2012 karya Roland Emmerich sebagai dakyah Amerika Syarikat bagi meracuni pemikiran umat Islam melalui khayalan bahawa misi penyelamat gagasan mereka dapat menyelamatkan manusia daripada kiamat.
Penulis web berkenaan, Firdaus, menyifatkan filem terbabit boleh memesongkan kepercayaan umat Islam melalui petanda berlakunya kiamat pada 2012 di samping membidas adegan penemuan ilmiah mengenai ledakan di matahari yang mempengaruhi kerak bumi.
“Perkara ini sengaja dipaparkan bagi mengukuhkan fakta tahun berlakunya kiamat, manakala gambaran perwatakan mulia Presiden Amerika Syarikat yang memilih berada di samping rakyat menjelang kiamat bertujuan memberi citra mulia kepada kepimpinan negara polis dunia itu,” lapor laman terbabit.
Filem terbabit turut menggambarkan pemimpin Amerika dan semua pemimpin negara maju sibuk mempersiapkan diri ke China, tempat terletaknya bahtera yang mampu melindungi manusia daripada bahana kiamat, tetapi Presiden Amerika menolaknya kerana prihatin terhadap rakyat.
“Gambaran ini jelas membuktikan Amerika sengaja menyogok pemikiran masyarakat Islam agar berpandangan positif terhadap mereka melalui garapan karya yang memberi ruang kepada penonton untuk menghayatinya mengikut perancangan mereka ," beliau dilaporkan berkata oleh laman web terbabit.
Firdaus turut membidas filem terbabit kerana dianggap meniru kisah Nabi Nuh dalam usaha mendapatkan perhatian khalayak antarabangsa dan jika tersilap langkah, umat Islam yang menontonnya akan mempercayainya sehingga meletakkan mereka ke arah kekufuran.
Laman terbabit turut melaporkan, penulis sesawang terbabit bimbang terhadap keghairahan sesetengah masyarakat Islam untuk menonton filem 2012 kerana mereka akan condong ‘mempercayainya’ melalui penggunaan teknologi animasi canggih.
"Penonton mungkin kagum dengan teknologi yang digunakan dalam filem ini, tetapi rasa kekaguman itu akan hilang dan yang tinggal hanyalah mesej bahawa Amerika Syarikat menyelamatkan manusia.
“Semua gambaran dalam filem ini jelas bertentangan dengan agama Islam kerana perkara ghaib tidak dapat dibayangkan akal fikiran manusia dan mereka akan alpa bahawa Amerika bertanggungjawab dalam menghasilkan model pembangunan yang mengakibatkan kehancuran alam semesta,” ujarnya.
Beliau turut dilaporkan meminta umat Islam untuk tidak terpengaruh dengan filem 2012 yang digarap menggunakan sumber National Aeronautics and Space Administration (Nasa) kerana ia propaganda Yahudi.

0 comments:
Catat Ulasan