rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Jumaat, 18 Disember 2009

Hukuman REJAM untuk penzina..Perlukah dilaksanakan di negara ISLAM??

Salam semua pembaca2 blog aq neyh.

Sebut pasal hukum hudud di Malaysia mungkin ramai orang akan kata hukum hudud ni terlalu zalim untuk dilaksanakan. Tetapi jika anda umat ISLAM, adakah anda pernah terfikir kenapakah tercatat didalam kitab al-quran yang hukum hudud adalah hukum ALLAH. Hukum Allah s.w.t perlu dipatuhi jika anda bergelar umat Islam! Secara positif jika anda fikir kenapa perlu dilaksankan adalah untuk membri pengajaran kepada umat Islam untuk menjauhi perkara2 yang dilarang didalam agama.

Di dalam akhbar Malaysia terdapat yang mengatakan sekumpulan MILITAN Islam telah memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati di Somalia. Kenapa kaitkan dengan MILITAN?

PAPARAN PENUH

Sesiapa yang melihat rancangan Selamat Pagi Malaysia kat TV1 pada 17/12/09 bahagian segmen akhbar pasti perasan yang pengulasnya mengatakan hukum rejam yang dilakukan di Somalia itu kejam. Mengapa pengulas tersebut mengatakan hukum Allah kejam?Siapakah beliau yang mempertikaikan hukum penciptaNYA?




MOGADISHU - Sekumpulan 'militan Islam' memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh. Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai. "Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya. Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.




"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi


tgok sini >> KOSMO!ONLINE
                                 DailyMail

PERSOALANNYA: Bilakah negara Islam seperti Malaysia nak laksanakan hukum Allah?




Sebijik komen anda memberi kepuasan kepada diri saya:D

15 ulasan:

  1. yang ni kira dah salah perlaksanaannya. ada ke hukuman zina direjam sampai ke tanam dulu ke tanah.xdanya.

    BalasPadam
  2. hurmm,btol gak..mybe dwang tiru dalam video klip cinta 3segi kot.hohoho.

    BalasPadam
  3. ishhhh..

    kesian la pulak cm2..
    huhu..
    xsanggop nengok jugeeeee

    BalasPadam
  4. Siapa berani berzina kalau kena rejam macam tu, siapa berani mencuri kalau kena potong tangan, siapa berani membunuh kalau kena pancung.

    BalasPadam
  5. Allahuakbar! tak sanggup tengok, tapi itulah hukuman yang terbaik. sedangkan mata tak sanggup tgk, takkan diri sanggup merasai.

    bila manusia takut dgn hukum Allah, tak berani la nak buat dosa.. wallahualam

    BalasPadam
  6. huhu..btol tu..xkan ade owg nk wat salah lagii kalo dhukum camtu...sume owg akan takot..

    BalasPadam
  7. eh tak sanggup la nak tengok..batu dye besar2.tapi berani buat berani tanggung laa

    BalasPadam
  8. hukum hudud..hukum Islam..mest de hikmahnyew..tp npe mlysia xlksnekan??bkn kte ngre Islam??wallahualam..

    BalasPadam
  9. SAPA YANG TAK SANGGUP TENGOK, JANGAN LA SANGGUP BUAT.. ALLAH DENGAN MANUSIA.. DARJAT MANUSIA NIH ENTAH KAT MANA JER..

    BalasPadam
  10. Kalu M'sia jalankn hukum hudud ni...insyaAllah xde lagi yg berani buat kesalahan/jenayah...kita baru tengok gambar je itu pun dah x sanggup...ini kan pula secara live... confirm Taubat Nasuha on the sport...

    BalasPadam
  11. penzina mempunyai pnyakit yg merbhaye sprti HIV/AIDS....so knape kta nk simpan lg org yg ade pyakit mrbhya mcam ni...kalaw kta simpan jgak, pnykt td akn merebak kpd org laen...jd saye sesngt3 sokong kalaw M'sia menjalankn hukum hudud dalam islam.....ni Peminpin M'sia ckap hudud islam kejamlah,apelah...pdahal Israel 2 kerana die xikot perintah Allah lah sampai jd kejam sampai xberperikemanusiaan tu....btol x???

    BalasPadam
  12. kalo hukuman hudud di laksanakan tak de la kes bapak rogol anak,atuk rogol cucu, abang rogol adik/kakak,rogol sepupu ,jiran, pak sedara sume tu la...

    BalasPadam
  13. haa,tau pom.sumer kata kwan2 tu btul..bnyak hikmah yg ada pada hukuman yg allah tentukan.sama2 lah kita brdoa agar pmimpin kita mempertimbangkan smula hukuman untk perogol di malaysia.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails