rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Rabu, 9 Disember 2009

Kelantan dicabar bawa kes ke mahkamah??-isu tuntutan royalti minyak

Hye sumer..


Sebelum ini, rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dan berkali-kali dikatakan bahawa Kelantan tiada hasil petrolium dan gas asli. Sebenarnya, itu adalah tidak benar sekali-kali.Nampaknya rakyat kelantan perlu memperjuangkan isu royalti minyak di mahkamah pula. Perjuangan rakyat kelantan untuk menuntut isu minyak perlu diteruskan..Isu royalti minyak timbul apabila selepas pembahagian minyak yang ditemui diantara sempadan perairan kelantan dan sempadan thailand. Tetapi,kerajaan kelantan akhirnya tidak mendapat hasil minyak yang berada di negeri sendiri kerana KERAJAAN MALAYSIA telah mengambil kuasa isu minyak di sempadan kelantan itu.
Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak. "Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat.


Faktor2 royalti minyak tidak diberi kepada kerajaan negeri kelantan.
  1. Negeri Kelantan akan membangun lebih maju dibawah pemeritahan pembangkang.
  2.  Menyulitkan kerajaan MALAYSIA dimana yg dperintah oleh BN untuk merampas negeri kelantan dari pmbangkang apabila kelantan maju hasil royalti minyak.
  3. KERAJAAN MALAYSIA bukan xnak bagi tetapi mahu bagi wang ehsan kepada rakyat. persoalannya: adakah jumlah wang ehsan sama dengan royalti minyak???

updated-9/12/09-->brta harian

KERAJAAN Kelantan diminta membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada melakukan tindakan bersifat retorik yang tidak boleh membawa perubahan terhadap status quo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata tindakan itu lebih baik daripada membiarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendoakan perkara bukan-bukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Pusat.


PAPARAN PENUH...


"Saya pun hairan kenapa tak bawa kes ke mahkamah. Kenapa, takut ke? Daripada buat benda-benda yang tak boleh bawa perubahan, baik bawa ke mahkamah.


"Ini termasuk doa yang bukan-bukan minta diturunkan bala kepada Perdana Menteri yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik saja," katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan Ensiklopedia Hansard Parlimen terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di lobi Parlimen.

Nazri berkata, dakwaan pemimpin Pas Kelantan hak royalti dijamin Perlembagaan Persekutuan sama sekali tidak benar kerana perlembagaan hanya menyatakan royalti untuk Sabah dan Sarawak.
"Sabah dan Sarawak sebelum penubuhan Malaysia mendapat 100 peratus hasil minyak tetapi selepas berada dalam Malaysia, dua negeri itu korbankan 95 peratus hasil minyak mereka.

"Jadi kita kena hargai pengorbanan yang dibuat ini dengan menjamin hak royalti minyak lima peratus kepada Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan. Tapi negeri di Semenanjung tak pernah pun mempunyai minyak sebelum merdeka," jelasnya.

Katanya, perkara itu cukup jelas dan beliau yakin bahawa mahkamah tidak akan memihak kepada Kelantan, sekiranya kes terbabit di bawa ke mahkamah antarabangsa sekalipun.

ADAKAH NAZRI BERTANGGAPAN "DOA TOK GURU" ADALAH KERJA BODOH?

Untuk memahami lebih lanjut berkaitan isu royalti minyak kelantan sila klik disini untuk download
(take from: http://royaltikelantan.com)



Sebijik komen anda memberi kepuasan kepada diri saya:D

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails