Salam sumer..
Hari ini 6DISEMBER 2009 merupakan sejarah buruk menimpa rakyat kelantan terutamanya yang berada di KB MALL.Mungkin sumer da tau pasal ni kerana citer ni merupakan kontroversi yg hebat hari ini..Kejadian ini berlaku pada pukul 5.10 petang dimana kereta yang diparking di bahagian atas sekali di kbmol itu rosak lalu ditolak oleh seorang lelaki dan melanggar dinding kb mol lalu jatuh dibahagian pusat mmbeli belah kbmol. Dilaporkan seramai 1orang telah meninggal dunia ditempat kejadian dan 1org mnggal dlm prjalanan ke hspital.sume budak2 masterskill.Ksian bdak tu. Al-fatihah. Takot weyh nk jalan malam2 kat kb mol tu..huhuhu..kejadian ni berlaku apabila keta tu rsak dan kmudiannya ditolak org rmai.Pemandu kereta tu dikatakan melarikan diri.ntah betol ker x.camner dye bleh lari. Skg neyh korang tgoklah pic2 yg diambil oleh org yg berada ditempat kjadian.
PAPARAN PENUH
update dari brta harian..
2 MENINGGAL DAN 2 CEDERA PARAH
Kereta alami masalah enjin ditolak sebelum rempuh dinding kompleks
KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.
Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.
Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 17, yang cedera ringan pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Akma, 14, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.
Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.
Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.
PEMANDU kereta, Nor Ain
yang cedera ditenangkan anggota penyelamat.
"Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.
"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Aka yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.
"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Aka yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.
SEORANG mangsa yang parah diusung, sementara rakannya,
Siti Nor Amira mati di tempat kejadian.
"Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah," katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.
Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.
"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.
"Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.
Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.
Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.
GAMBAR2 KEJADIAN
VIDEO MISTERI--KELIHATAN LEMBAGA HITAM PADA SAAT KE-14
vdeo misteri itu mgkin rflect dari crmin kot..xsure larh.
BalasPadamseram ar nak gi kb mol
BalasPadam