HAHAHA..tergelak besar bila aku melihat polis malaysia dipermainkan oleh facebooker iatu seorang penuntut IPT selepas mengaku membakar gereja di Petaling Jaya baru-baru ini di facebook miliknya. Dia yang juga pelajar diploma jurusan warisan budaya sebuah kolej di ibu kota mendakwa membuat sendiri bom petrol berkenaan yang digunakan untuk membakar gereja itu Jumaat lalu 8/1/2010..Polis sepatutnya menyiasat dengan lebih detail di rumah pelajar berkenaan sebelum menangkap dan membawa ke balai. Hanya orang gila sahaja nak mengaku salah kat facebook..hohoo..
PAPARAN PENUH
PAPARAN PENUH
Susulan itu, beberapa pihak yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan polis sebelum pelajar itu ditahan di rumah sewanya di Sunway Mentari, Petaling Jaya di sini kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, sebelum dibawa ke balai polis untuk disoal-siasat.
Bagaimanapun, pelajar itu dibebaskan kira-kira jam 12 tengah malam semalam selepas siasatan mendapati dia tidak terbabit dengan insiden itu dan mengaku tulisannya dalam laman sosial itu hanya satu gurauan semata-mata.
Siasatan polis dalam rumah pelajar berkenaan turut tidak menemui perkakas mencurigai yang boleh dikaitkan dengan pembuatan bom petrol.
Difahamkan, kes terbabit tangkapan pertama individu dikaitkan dengan beberapa kes siri cubaan membakar gereja di beberapa lokasi sejak Jumaat lalu susulan protes penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald.- The Catholic Weekly.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pelajar itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas polis menerima maklumat mengenai tulisannya dalam Facebook.
Menurutnya, pelajar itu sudah dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan diberikan.
"Kita kesal dengan tindakan yang dilakukan pelajar ini kerana cuba mempermainkan isu-isu yang sensitif dan boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.
"Saya beri amaran, jangan cuba bermain isu sensitif seperti ini kerana kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan membuat tangkapan," katanya ketika dihubungi.
Komen penulis: Nak bergurau pom tengoklah tempat jugak..xkan kat facebook pom nak bergurau senda..Tu bodos orang panggil. Menyusahkan ramai pihak. Pengguna laman web sosial tu kan terkenal sekarang ni. So, aku nak pesan kepada semua kengkawan jangan jadikan diri anda bijakSINI seperti si tasyrif tajuddin tu..
tu r.. wat keja x pakai otak.. kng mak bapak gak yang susah.. adohai..
BalasPadamitu la...
BalasPadammain sedap je menulis...
bahaya gak kalo mende sensitif ni...
kan dah terkena
da ar nama bapak dye pom ade kat fb dye tu..mamalukan tol
BalasPadamItu kerja bodoh namanya.. :Þ
BalasPadamgila a budak ni..otak dia tetinggal dalam beg kot..dia tatau ke benda yg dia cakap tu bleh wat dia kena tangkap..adoiii sah2 lpas ni kena cop seumur idup..haha
BalasPadammemang otak udang tol..kompem suda ade rekod jenyah ngan polis..wakaka..susah lorh nak keje.
BalasPadamBodoh lagi rupanya budak tu...
BalasPadamSengaja cari pasal...
Tapi klu bab ni,aq sokong polis la..Dari cara penulisannya,aq tengok budak ni saja nak naikkan semangat marah dan menganjing..
betul! Nak gurau tak bertempat! Tgk! nama dah masuk surat khabar! kesian kat mak ayah. terntu terperanjat!
BalasPadamapa pun yg berlaku, berfikirlah sebelum bertindak!
TQ! Info!
mesti kena buang sekolah pasni....mulut dajal sesangat...kah3x
BalasPadamerk, gila weh.. ak ingt gurau mcm biasa.. bab2 ni dah libatkan isu sensitif dah..
BalasPadamsaje jer nak jadi femes budak ni..kang skunk da btol2 femes..hak3
BalasPadamsalam. kalau tuan-tuan nak tahu, tasyrif ni budak baik. ini mungkin kesalahan terbesar dalam dirinya. dia dianiaya oleh org india krintian. tuan-tuan jangan bercakap tanpa merenung jauh. kita semak diri kita. seorang pelajar lelaki yang baik melakukan kesalahan terbesar dalam hidupnya apabila bergurau. apakah kesalahan terbesar tuan-tuan? jangan bercakap sesedap mulut. hidup umpama roda. tuan-tuan takkan tahu sekiranya suatu hari nanti nama tuan2 pula yg akan jadi isu akibat membunuh, merogol etc. percayalah kata2 sy. tasyriff budak baik yang tersilap langkah. kita juga pernah bergurau lebih dari itu, bukan? jangan menunding tanpa selidik. Allah sajalah yang mengetahui nasib kita semua esok lusa pula. semoga umat islam bersatu! wslm
BalasPadamkalo da nama baik xkan nak cakap xguna otak cmtu..da ar pasal agama..isu sensitif lorh.sbgai stdent IPT dye sepatutnya berfikiran lebih matang untuk berkata2.
BalasPadamsmuorg wat slap..xde manusia kamil..fkr blek pe point die sbnrnyew..die xske org kristian gne nme Allah..ni lerh manusia..kslpan skali dilihat seumur hidop..kebaikan byk kali???ntah2 xpndg pon..ho3
BalasPadamha'ah..aku stuju sgt lah tu..mentaliti masyarakat malaysia ni kn..belum cecah lgi tahap pertame..tu yg bnde2 cmnie pun nk di keji sesangat..polis plak xde nk siasat terus je tangkap..buat malu keluarga jer..&& facebook nie 1MALAYSIA pnye ke nk buat sesuka hati kerajaan?
BalasPadampolis takde hak nak tangkap kalu takde orang wat report..so kena salahkan polis ke?salahkan a orang yang report tu..lagipun polis takde hak nak ceroboh facebook ni untuk saja-saja @ takde sebab..
BalasPadamtapi yahudi tetap ceroboh facebook orang islam sbb facebook ni memang dibangunkan disebalik yahudi..diorang maybe ada agenda tersendiri..apa kata korang?
hurmm,mybe...sbb tu lar kita sume kena berhati2 bila ber'facebook'..yahudi diluar sana ada pelbagai muslihat nk hancorkan islam.
BalasPadam