rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mac 2011

Cara Mengatasi Masalah Lambat Loading di Facebook (Malaysia)


Feel Facebook loading like turtle this days?Ahaa!
Jom baca entri dibawah. Bagaimana cara mengatasi masalah lambat loading di Facebook korang semua terutamanya pengguna Facebook di Malaysia. Mungkin ada yang tertanya-tanya punca terjadinya masalah ini dan jawapannya adalah seperti di bawah
PAPARAN PENUH
****************************************************************************************************************************
Why? this is because it is most likely caused by one of the hop servers at “facebook-10G.hkix.net [202.40.161.110]” which located at Hong Kong Internet Exchange. [source]
****************************************************************************************************************************
Penyelesaiannya adalah seperti berikut..Untuk pengguna Windows

1. Pergi ke C:\Windows\System32\drivers\etc\
2. Buka hosts file dan klik pada Notepad
3. Kemudian korang tambah nombor ni kat bawah sekali  
    203.106.85.66 www.facebook.com
    203.106.85.66 facebook.com
4. Klik Save

Contoh di bawah:

# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
# 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
# 38.25.63.10 x.acme.com # x client host
# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1 localhost
# ::1 localhost
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com


p/s: masalah ini mungkin hanya belaku sementara waktu dan korang boleh mengikuti cara diatas untuk atasi masalah tersebut. For your information, Facebook kini mempekenalkan Tag Nama pada komen..Selamat mencuba!

Baca Selanjutnya..

Sabtu, 19 Februari 2011

Cara Disable Lightbox Photo Viewer ataupun Theater Box di Facebook Anda


Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pihak Facebook terutama sekali berkenaan profile pengguna facebok, profile fan pages, dan rata-rata pengguna Facebook tidak bersetuju dengan aplikasi terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Facebook iaitu aplikas Lightbox Photo Viewer ataupun dikenali sebagai Theater Box. Rujuk komen yang dihantar kepada Mark Zuckerberg disini Please remove the new photo viewer.
PAPARAN PENUH

Untuk entri kali ini saya akan memberi tips ataupun cara untuk korang disable/remove aplikasi Lightbox PhotoViewer ini.

Sebenarnya ada banyak cara untuk memadam aplikasi ini dan korang boleh pilih salah satu trik yang ditulis di bawah


1. Refresh Browser Window/Remove '&theater'
Cara ini dianggap secara manual kerana setiap kali membuka gambar di album korang hendaklah memastikan menekan refresh/button F5 di keyboard. Korang juga boleh memadam '&theater' di address bar.


2. Install ADD-ON/EXTENSIONS di browser korang (google chrome & Firefox)
Terdapat pelbagai add-on ataupun plug-in extension untuk memadam aplikasi ini muncul di profile korang. Antaranya:

 --> Better Facebook (boleh pilih pelbagai browser), 
 --> Facebook Lightbox Killer (GoogleChrome)
 --> Facebook Lightbox Killer (Greasemonkey)
 --> Old FB Album extension (Google Chrome)
 --> Revert Facebook Photo Viewer (Google Chrome)

p/s : untuk pengguna GChrome yang ingin menggunakan semula Photothreat korang bolehlah ikuti step ini klik Tools > Extension dan klik mana-mana aplikasi diatas yang anda install untuk disable/unistall.

Baca Selanjutnya..

Jumaat, 28 Januari 2011

Cara Melihat Email yang disembunyikan di Facebook

Update : trick di bawah ini tidak dapat digunakan lagi. Nantikan trick yang terbaru yang akan dikongsi di blog ini.
************************************************************************************************************
Pernahkah korang terfikir bagaimana cara kalau nak mendapatkan e-mail kawan korang yang telah diinvisiblekan pada korang di facebook? Bagi yang masih belum 'invisible/hide' e-mail memang kita tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkkan e-mail mereka. Hanya tekan di bahagian information di profile mereka dan lihat di bahagian contact mereka saja. Tapi perkara yang saya akan kongsikan dengan korang ini adalah trik untuk mendapatkan e-mail yang telah disembunyikan ataupun yang telah di invisiblekan oleh kawan-kawan korang di facebook. Biasanya yang invisible e-mail pada orang lain adalah untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan oleh hacker2 kerana e-mail adalah perkara penting untuk hack akaun di facebook. Untuk mendapatkan e-mail yang disembunyikan mereka amat mudah sekali kerana tidak perlu bersusah payah menggunakan tool ataupun software. Dengan hanya melihat source code korang pasti akan berjaya mendapatkan email orang lain di facebook.

PAPARAN PENUH

1. Pertama sekali korang mestilah ada target atau istilah lainnya 'mangsa' korang
contohnya link target : http://www.facebook.com/profile.php?id=100001054741881 atau http://www.facebook.com/omeydaniesya

2. Klik link ni https://www.facebook.com/recover.php (pastikan sign out akaun facebook anda atau boleh membuka link tersebut di browser yang lain)

 3. Selepas klik link langkah seterusnya korang rujuk gambar dibawah (letak link ID Number target korang)
contoh :  http://www.facebook.com/profile.php?id=100001054741881 atau
              http://www.facebook.com/omeydaniesya

4. Seterusnya klik 'SEARCH' dan isikan Security Check jika perlu..

5. Akan keluar seperti gambar di bawah dan klik kanan (right-click) pilih 'View Page Source'


6. Lepas klik pada View Page Source akan keluar satu window baru dan untuk memudahkan pencarian korang tekan ctrl+f pada keyboard taip "email": diruangan kotak 'find'...rujuk gambar di bawah


7. DONE!! korang akan mendapat e-mail seperti diatas (zackrain_88\u0040yahoo.com)

*  \u0040 mewakili @..rujuk sini  so email target sekarang adalah zackrain_88@yahoo.com

p/s : trik untuk mendapatkan email mangsa korang di facebook mungkin akan berubah dan minta korang semua jangan tanya trik mendapatkan password akaun orang lain di facebook..sila komen jika trik ini sudah tidak berguna lagi. Trik ini boleh digunakan pada semua akaun facebook kecuali akaun pengasas Facebook Mark Zuckberg (http://www.facebook.com/zuck).hoho

Baca Selanjutnya..

Khamis, 11 November 2010

Cara Semak Semula Status Lama anda di Facebook!


Untuk yang gemar ataupun yang selalu update status di facebook korang bolehlah menyemak balik semua status-status korang menggunakan aplikasi My Status History dan My Status. Cukup mudah untuk korang menggunakan aplikasi ini. Ikuti cara untuk melihat kembali status-status lama korang di facebook.
PAPARAN PENUH

Login Facebook > My Status > Go to Aplication > Authorize > Klik Allow
Login Facebook > My Status History > Go to Aplication > Klik Allow


My Status (lihat status dan komen2 rakan)



My Status History



Baca Selanjutnya..

Sabtu, 31 Julai 2010

Tutorial: Update Status Facebook dengan pelbagai Animasi menarik

Bagi sape2 yang inginkan kelainan semasa meng-update status di facebook bolehlah update status korang dengan aplikasi Facade ini. Terdapat pelbagai animasi yang menarik untuk dikongsi kepada rakan2 anda. Ikuti tutorial untuk menggunakan aplikasi ini dibawah:
PAPARAN PENUH

1. Step yg pertama sekali korang hendaklah klik Facade DISINI
2. Seterusnya klik pada Go To Application. Rujuk gambar dibawah

3. Klik pada LOGIN dan akan keluar pop-up.Klik pada Allow

4. Seterusnya akan keluar gambar seperti dibawah ini (klik pada Toggle Emoji untuk menambah animasi pada status).

5. Klik pada Share untuk update status.DONE!

p/s: Aplikasi ini hanya digunakan untuk post status di wall anda sahaja.

Baca Selanjutnya..

Jumaat, 2 Julai 2010

Tutorial: Disable email dari facebook anda

Masalah email yang terlalu banyak dari facebook kadang-kadang menjadi masalah besar terutamanya kepada yang memiliki satu email. Walaupun begitu, terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah email yg terlalu banyak datang dari facebook. Masalah ini menyebabkan ramai facebooker terpaksa men-delete email dari facebook yang biasanya tidak terlalu penting.
PAPARAN PENUH
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menapis/filter email dari facebook (Rujuk entri yang aku post sebelum ini email dari facebook). Cara tersebut hanya filter email dari facebook. Maknanya email dari facebook diasingkan dari email-email yang lain. Cara yang aku nk share pada entri kali ini adalah cara untuk setting pada akaun facebook korang agar email dari facebook tidak memenuhi dalam inbox anda.

****************************************************************************************************************
Follow step dibawah:

1. Klik pada account settings dibahagian atas fb anda spt gambar dibawah

2. Sekarang ni klik pada Notifications dan pastikan semua kotak dibawah Email tidak tick.

4. Last sekali korang diwajibkan untuk menekan Save Changes. Done!! Sekarang semak email korang...Email notification yang baru tidak akan masuk ke dalam inbox lagi. Selamat mencuba.

p/s: kalo sape2 tau ade cara lain selain cara ni komen ar kat bwah yea.hehe.

Baca Selanjutnya..

Jumaat, 4 Jun 2010

Facebook: Update status dengan gadjet pilihan anda

Mungkin sudah ramai yang menggunakan kemudahan teknologi terkini untuk mengupdate status di facebook. Tak kira dimana korang berada. Contohnya menggunakan iPhone 3Gs, blackberry untuk mengupdate status. Tapi aku pasti ramai yang masih belum memliki gadjet-gadjet tersebut dan hari ini aku nak berkongsi satu benda yang mungkin boleh dianggap istimewa untuk korang.
PAPARAN PENUH

Haa,dekat status fb aku dah pernah update via public phone..HAHA.ada jugak yang kawan-kawan aku yang tertanya-tanya dan aku berjaya menipu mereka.sorry yea kawan-kawan..hehe..Benda yang aku maksudkan adalah Funny Facebook yang membolehkan pengguna facebook update status dengan pelbagai device.okey,meh nak ajar korang sumer!

Ikut step dibawah yea:

1. Klik pada logo FunnyFacebook kat bawah ni ataupun DISINI



2. Selepas itu, korang bolehlah pilih pelbagai jenis gadjet ataupun apa jer yang korang nk update kat fb tu. Yang nak create sendiri korang boleh create device sendiri..ada anak panah yang aku buat kat bawah tu..Tapi yang nak buat device sendiri kena register dulu.



3. Seterusnya, kalo yang tak nak create device baru korang boleh terus click gadjet yang sesuai dan akan kuar macam kat bawah ni.



4. Selepas korang click 'Update via public phone' ada pop-up akan kuar spt gmbar kat bawah ni..*kalau ada yang tak kuar pop-up tu korang tak payah tunggu lagi..maybe user yang buat device tu tak letak link connect url kat device mereka. Dekat kotak kosong tu korang tulis lah apa yang korang nak post!senang kan?Selamat Mencuba!


p/s: Kepada yang nk create device sendiri korang perlu register dulu yaa!

Baca Selanjutnya..

Jumaat, 15 Januari 2010

Polis Diraja Malaysia Dipermainkan


 HAHAHA..tergelak besar bila aku melihat polis malaysia dipermainkan oleh facebooker iatu seorang penuntut IPT selepas mengaku membakar gereja di Petaling Jaya baru-baru ini di facebook miliknya. Dia yang juga pelajar diploma jurusan warisan budaya sebuah kolej di ibu kota mendakwa membuat sendiri bom petrol berkenaan yang digunakan untuk membakar gereja itu Jumaat lalu 8/1/2010..Polis sepatutnya menyiasat dengan lebih detail di rumah pelajar berkenaan sebelum menangkap dan membawa ke balai. Hanya orang gila sahaja nak mengaku salah kat facebook..hohoo..

PAPARAN PENUH


Susulan itu, beberapa pihak yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan polis sebelum pelajar itu ditahan di rumah sewanya di Sunway Mentari, Petaling Jaya di sini kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, sebelum dibawa ke balai polis untuk disoal-siasat.

Bagaimanapun, pelajar itu dibebaskan kira-kira jam 12 tengah malam semalam selepas siasatan mendapati dia tidak terbabit dengan insiden itu dan mengaku tulisannya dalam laman sosial itu hanya satu gurauan semata-mata.

Siasatan polis dalam rumah pelajar berkenaan turut tidak menemui perkakas mencurigai yang boleh dikaitkan dengan pembuatan bom petrol.

Difahamkan, kes terbabit tangkapan pertama individu dikaitkan dengan beberapa kes siri cubaan membakar gereja di beberapa lokasi sejak Jumaat lalu susulan protes penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald.- The Catholic Weekly.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pelajar itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas polis menerima maklumat mengenai tulisannya dalam Facebook.

Menurutnya, pelajar itu sudah dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan diberikan.

"Kita kesal dengan tindakan yang dilakukan pelajar ini kerana cuba mempermainkan isu-isu yang sensitif dan boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.

"Saya beri amaran, jangan cuba bermain isu sensitif seperti ini kerana kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan membuat tangkapan," katanya ketika dihubungi.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik link dibawah

Sumber: :myMetro 
              :bharian
              :bakargereja 


Komen penulis: Nak bergurau pom tengoklah tempat jugak..xkan kat facebook pom nak bergurau senda..Tu bodos orang panggil. Menyusahkan ramai pihak. Pengguna laman web sosial tu kan terkenal sekarang ni. So, aku nak pesan kepada semua kengkawan jangan jadikan diri anda bijakSINI seperti si tasyrif tajuddin tu..


Baca Selanjutnya..
Related Posts with Thumbnails